Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Cathay dijangka kembali beroperasi normal pada akhir 2024

    HONG KONG, 14 NOV – Cathay Pacific berkata hari ini ia tidak menjangka kembali kepada perjalanan normal sebelum pandemik sehingga akhir 2024, menekankan masa yang diperlukan untuk syarikat penerbangan Hong Kong itu untuk kembali kepada operasi biasa.

    Hong Kong mengenakan beberapa kawalan perjalanan paling ketat di dunia semasa pandemik koronavirus dan hanya membatalkan kuarantin wajib untuk semua ketibaan antarabangsa pada September.

    Sekatan tersebut menutup salah satu bandar paling sibuk di Asia dan telah menjejaskan perniagaan yang bergantung pada perjalanan termasuk syarikat penerbangan itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Augustus Tang berkata syarikat penerbangan itu ‘berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran mengendali sehingga satu pertiga daripada kapasiti penerbangan menjelang akhir 2022.’

    Jika dicapai, Tang berkata ia akan mewakili peningkatan dua kali ganda kapasiti sejak Ogos, bulan di mana kuarantin wajib yang dikenakan lebih daripada dua tahun dibatalkan.

    Cathay berkata ia berharap dapat beroperasi pada kira-kira 70 peratus ‘menjelang akhir 2023 dengan tujuan untuk kembali kepada tahap sebelum pandemik pada akhir 2024.’

    Tang akan diganti oleh rakan eksekutif Cathay Ronald Lam pada 1 Januari 2023. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...