Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Christina Perri selamat lahirkan anak perempuan

    Dua tahun selepas kehilangan anak damit akibat komplikasi, penyanyi dan penulis lagu terkenal Hollywood iaitu Christina Perri akhirnya selamat melahirkan seorang anak perempuan pada Sabtu lalu.

    Menurut Christina, kehadiran anak damit itu dianggap ajaib dan mampu memberikan kebahagiaan buatnya dan suami, Paul Costabile.

    “Dia di sini! Dengan penuh kepercayaan dan harapan, akhirnya dia selamat dilahirkan.

    “Perkenalkan anak damit perempuan Ajaib kami, Pixie Rose Costabile,” tulisnya di Instagram.

    Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan atas kelahiran anak damit keduanya ini.

    “Saya tidak dapat berhenti menangis melihat gambar anda. Tahniah! Oh anak damit ini melengkapkan keluarga awda. Tahniah kepada Paul dan Carmella.

    “Saya gembira untuk awda dan keluarga. Anak perempuan yang sangat comel,” tulis warganet.

    Selepas memiliki anak pertama, pasangan ini berusaha untuk menambah cahaya mata.

    Christina kemudiannya hamil namun mengalami keguguran pada Januari 2020 sewaktu kandungan berusia 11 minggu. – Agensi

    Christina Perri selamat melahirkan anak perempuan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...