Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Clippers tundukkan Warriors

    LOS ANGELES, 16 MAC – Walaupun Stephen Curry memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana melakukan jaringan dengan cemerlang semasa suku ketiga, Kawhi Leonard dan pasukan Los Angeles Clippers tidak tergugat.

    Mereka berjaya mengatasi serangan terbaik Curry, mengekalkan mata pendahuluan mereka, seterusnya mendominasi perlawanan dan menewaskan pasukan Golden State Warriors pada suku keempat.

    Leonard meneruskan permainan sengitnya dengan mencipta 30 mata, manakala Paul George menyumbang 24 mata dan Clippers berjaya mengatasi 50 mata daripada Curry untuk menewaskan Warriors dengan skor 134-126 semalam.

    “Kami tahu mereka akan membuat serangan besar, tetapi kami mampu bertenang, mengekalkan prestasi dan melancarkan serangan,” kata Leonard yang mencatat 30 mata dalam lapan perlawanan terakhir. Beliau berjaya melakukan 10 daripada 19 lontaran pada malam itu dan mempunyai lapan rebound dan lima assist.

    Clippers kini memenangi empat perlawanan berturut-turut untuk menduduki tempat kelima di Western Conference. Manakala juara bertahan NBA, Warriors terikat satu perlawanan di kedudukan belakang, sementara kedua-dua pasukan tersebut berkongsi keputusan empat permainan musim ini.

    “Kami tidak menjadi lesu. Kami melancarkan serangan kami,” kata jurulatih Clippers, Tyronn Lue.

    Curry mencipta rekod mata musim ini dengan jumlah 50 mata untuk perlawanan ke-12 dalam kerjayanya. Dia berjaya melakukan 20 daripada 28 lontaran dan menghasilkan lapan 3-pointers. Jordan Poole menambah 19 mata untuk pasukan Warriors. Mereka telah kalah dalam sembilan perlawanan berturut-turut di tempat lawan.

    Curry menyumbang 21 mata pada separuh masa ketiga, dan merampas tiga jaringan tiga mata. Dia berjaya menjaringkan sembilan daripada 11 percubaannya dan pernah melakukan lima lontaran berturut-turut. Walau bagaimanapun, Clippers masih mendahului pada minit terakhir perlawanan. – AP

    Stephen Curry semasa perlawanan menentang Los Angeles Clippers di LA, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...