Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Penahanan Kejriwal: India bantah keras kenyataan AS

    NEW DELHI, 28 MAC – Kementerian Luar India kelmarin membantah keras kenyataan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengenai penahanan Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal. 

    “Dalam diplomasi, negara diharapkan untuk menghormati kedaulatan dan urusan dalaman negara lain.

    “Tanggungjawab ini lebih-lebih lagi dalam kes sesama negara demokrasi. Sebaliknya, ia boleh berakhir dengan menetapkan duluan yang tidak sihat.

    “Proses undang-undang India adalah berdasarkan badan kehakiman bebas yang komited kepada hasil objektif dan tepat pada masanya.

    “Memfitnah proses itu adalah satu tindakan tidak berasas,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Gambar AFP

    Kejriwal ditahan pada 21 Mac untuk disoal siasat oleh Direktorat Penguatkuasaan (ED), agensi penyiasatan jenayah kewangan India berkaitan dasar eksais kontroversi Delhi.

    Jabatan Negara AS pada Isnin berkata ia memantau laporan penahanan Kejriwal untuk memastikan ‘proses undang-undang yang adil, telus dan tepat pada masanya’.

    Menurut laporan media tempatan, Pemangku Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS, Gloria Berbena di New Delhi telah dipanggil ke Kementerian Luar.

    Ditanya mengenai tindakan India memanggil diplomat AS, jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller mengulangi pendirian negara itu dalam sidang media pada 27 Mac.

    “Saya tidak akan bercakap tentang sebarang perbualan diplomatik peribadi.

    “Tetapi sudah tentu apa yang telah kami katakan secara terbuka ialah… bahawa kami menggalakkan proses undang-undang yang adil, telus dan tepat pada masanya.

    “Kami tidak fikir sesiapa pun sepatutnya membantah itu dan kami akan menyatakan perkara yang sama secara peribadi,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...