Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Cungkil bakat pelapis pembawa Zainul Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Kumpulan Masjid Kampung Telisai dan Kumpulan Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS), Kampung Rimba, masing-masing muncul juara kategori lelaki dan perempuan dalam Pertandingan Zainul Quran bagi Belia
    dan Dewasa Masjid Surau dan Balai Ibadat Peringkat Senegara kali ketiga.

    Pertandingan anjuran Masjid RIPAHS dan Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara itu diadakan di Masjid RIPAHS dengan majlis penyampaian hadiah telah berlangsung petang kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Antara tujuan pertandingan adalah untuk menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah Negara Zikir dan menjadikan masjid bukan hanya sebagai tempat beribadah, bahkan sebagai tempat menimba ilmu sekali gus menggalakkan orang ramai untuk suka hadir ke masjid.

    Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda sebagai persediaan menjadi pelapis generasi pembawa Zainul Quran agar tidak hilang ditelan zaman sekali gus meningkatkan lagi ilmu pengetahuan serta kefahaman para belia dan orang ramai mengenai corak persembahan Zainul Quran yang kurang dikenali termasuk dari segi lagu dan iramanya.

    Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori A (Bebas Lelaki) yang disertai sembilan pasukan manakala itu, Kategori B (Bebas Perempuan) menyaksikan penyertaan empat pasukan.

    Haji Mohammad Rosli menyampaikan hadiah kepada juara kategori lelaki.
    Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada juara kategori perempuan.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...