Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Dapatkan suntikan influenza

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai masalah-masalah kesihatan adalah disarankan untuk mendapatkan suntikan influenza.

    Saranan tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Pemangku Menteri Kesihatan semasa Sidang Media Norma Baharu COVID-19 Negara Brunei Darussalam, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya mengongsikan trend kes influenza dan jangkitan serupa Influenza (ILI) pada minggu lalu telah menunjukkan sedikit pengurangan tetapi jumlah kes ILI adalah masih tinggi.

    Yang Berhormat Dato turut mengingatkan orang ramai untuk terus berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti mengasingkan diri jika mengalami tanda-tanda jangkitan dan mengelakkan dari tempat-tempat yang penuh sesak.

    “Segera berjumpa doktor jika tanda-tanda jangkitan berterusan atau semakin teruk,” jelas beliau.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menghadiri sidang media tersebut, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...