Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Davies pimpin Kanada belasah lawan 4-0

    VANCOUVER, 10 JUN – Alphonso Davies meraikan kepulangannya beraksi untuk pasukan antarabangsa dengan meledak dua gol ketika Kanada membelasah Curacao 4-0 dalam Liga Negara-Negara CONCACAF, hari ini.

    Bintang pemain Bayern Munich berusia 21 tahun itu terlepas enam perlawanan selepas menghidap simptom-simptom myocarditis, iaitu radang jantung selepas dijangkiti COVID.

    Dia diketepikan sejak Disember lalu dan terpaksa kembali ke dalam kesebelasan utama Bayern untuk perlawanan suku akhir Liga Juara-juara pada April lalu menentang Villarreal.

    Pemain pertahanan bek kiri itu menjaringkan gol penalti pada minit ke-27, untuk membuka jaringan buat pasukan kebangsaan Kanada di Vancouver selepas dia dijatuhkan di kawasan kotak penalti oleh pemain pertahanan Curacao, Jurien Gaari.

    Pemain bintang itu berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut menewaskan penjaga gol pihak lawan, Eloy Room.

    Kemudian, Davies berjaya menambah gol keduanya pada minit ke-71, selepas menerima hantaran daripada Richie Laryea untuk menambah jaringan kepada 3-0.

    Tidak lama selepas itu, Davies, pemain yang membuat penampilan sulung profesionalnya menerima tepukan gemuruh daripada penyokong.

    Sementara itu, tandukan daripada Steven Vitoria pada minit ke-42 dan Lucas Cavallini menerima hantaran melintang daripada Samuel Adekugbe telah menambah satu lagi gol untuk Kanada sekali gus mengesahkan kemenangan menewaskan Curacao.

    Kemenangan tersebut dan kepulangan Davies untuk pasukan antarabangsa, akan menjadi pembangkit semangat bagi pasukan Kanada, pasukan yang membuat kemunculannya buat kali pertama sejak merangkul Piala Dunia pertama mereka dalam 36 tahun. – AFP

    Aksi Alphonso Davies (kiri) dalam percubaan merebut bola daripada Michael Maria dalam perlawanan Liga Negara-Negara CONCACAF antara Kanada dan Curacao di Vancouver. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...