Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Dedah waris kepentingan institusi kekeluargaan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan Keluarga Panglima Haji Laut

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Dalam mendedahkan waris betapa pentingnya sesebuah institusi kekeluargaan, Keluarga Panglima Haji Laut (KPHL) Labuan, Lawas dan Brunei dengan kerjasama Persatuan Keluarga Haji Talif @ Ungking dan Kelab Tarik Tali Apachee Labuan telah mengadakan Program Gotong-royong Pembinaan Jambatan, Pembersihan dan Ziarah Pusara Panglima Haji Laut ke-5, baru-baru ini.

    Aktiviti yang berlangsung di Kampung Siang-Siang dan Kampung Lumut Laut, Lawas, Sarawak itu disertai oleh seramai 45 orang ahli keluarga dari Lawas, Limbang, Sarawak; Kota Kinabalu, Sipitang, Sabah; W.P. Labuan, beberapa negeri di Semenanjung Malaysia serta dari Negara Brunei Darussalam.

    Menurut keluarga berkenaan, pemeliharaan tapak warisan haruslah dititikberatkan bagi memastikan ikatan kekeluargaan sentiasa dirasai sehingga ke generasi yang akan datang.

    Aktiviti berkenaan juga dihasratkan untuk menyingkap satu rekod sejarah tentang ketokohan individu yang terkenal pada suatu masa dahulu, yang mana kesan peninggalannya seperti kedudukan pusaranya tidak diketahui oleh masyarakat kini, termasuk kalangan waris beliau sendiri yang kini telah mencecah sehingga ke generasi ke-9.

    Gambar ramai antara mereka yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong berkenaan.
    Ahli-ahli keluarga menaiki perahu untuk menuju ke pusara Panglima Haji Laut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...