Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Demam denggi ragut 316 nyawa

    JAKARTA, 26 MAC – Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dante Saksono Herbuwono.

    Antara daerah dan bandar dengan jumlah kematian tertinggi akibat demam denggi berdarah ialah Jepara, Kendal dan Blora di Wilayah Jawa Tengah serta Bandung dan Subang di Wilayah Jawa Barat.

    Semasa mesyuarat Suruhanjaya IX di Parlimen, beliau berkata peningkatan kes demam denggi berdarah dipengaruhi oleh fenomena El Nino apabila nyamuk yang menyebarkan denggi menjadi lebih agresif dalam suhu yang lebih tinggi.

    “Kami meramalkan peningkatan selanjutnya disebabkan perubahan dalam jumlah hujan dan fenomena El Nino yang semakin tidak menentu, berdasarkan laporan daripada agensi meteorologi, BMKG,” kata Dante, seperti yang dipetik oleh stesen televisyen, tvOne. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...