Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Dipenjara enam bulan rakam remaja mandi

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Seorang jurulatih kecergasan telah dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana merakam seorang pelanggan yang sedang mandi demi memuaskan nafsu.

    Jayson Atendido Gasque, warga Filipina berusia 25 tahun, mengaku bersalah terhadap dakwaan itu di hadapan Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni yang pada mulanya menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan dan mengurangkannya kepada enam bulan dengan mengambil kira kesalahan jenayah pertama defendan.

    Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali mendedahkan bahawa pada 22 Jun, pengunjung kelab kecergasan cawangan Kiulap itu merupakan remaja perempuan berusia 18 tahun yang pergi mandi selepas bersenam.

    Apabila dia memasuki bilik mandi, dia terserempak dengan defendan yang sedang mengosongkan tong sampah.

    Defendan meminta maaf sebaik melihat mangsa memasuki bilik mandi perempuan dan beredar. Mangsa kemudian memasuki kubikel, menanggalkan pakaian dan mula mandi.

    Kemudian, dia tiba-tiba melihat telefon bimbit digunakan untuk merakamnya mandi. Dia menjerit “Hey!”, segera memakai pakaian dan lari keluar ke kaunter depan.

    Mangsa memaklumkan kakitangan mengenai insiden berkenaan.

    Atas permintaannya, mangsa ditunjukkan rakaman CCTV dari kamera-kamera menunjukkan pintu menuju bilik-bilik mandi lelaki dan perempuan, yang menunjukkan penglibatan defendan.

    Mangsa membuat laporan polis dan defendan telah ditahan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...