Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Dua pangsapuri mewah bekas PM Mongolia dirampas

    WASHINGTON, 27 MAC – Amerika Syarikat (AS) berkata ia akan cuba menyita dua pangsapuri mewah di New York milik bekas Perdana Menteri Mongolia, Sukhbaatar Batbold yang dikatakan dibeli dengan hasil kutipan skim rasuah.

    Mongolia, sebuah negara demokrasi yang diapit di antara negara jirannya yang jauh lebih besar, China dan Rusia, kaya dengan deposit arang batu, logam dan mineral lain.

    Ledakan perlombongan selama bertahun-tahun telah membantu mengurangkan kadar kemiskinan yang tinggi dari segi sejarah tetapi juga memarakkan kadar rasuah elit yang telah mencetuskan pergolakan sosial.

    Jabatan Kehakiman AS kelmarin telah membuka aduan sivil yang mendakwa Batbold menggunakan kedudukannya untuk memberikan kontrak perlombongan Mongolia sebagai balasan untuk mendapatkan jutaan dolar dalam bentuk sogokan.

    Dia didakwa telah membelanjakan AS$14 juta daripada pendapatan itu untuk dua hartanah di kawasan kejiranan Midtown dan Upper East Side yang mewah di Manhattan, kata jabatan itu.

    “Tindakan rampasan hari ini menghantar mesej bahawa pegawai rasuah tidak akan menggunakan pasaran hartanah kami untuk menyembunyikan hasil jenayah,” kata Breon Peace, Peguam AS untuk Daerah Timur New York, dalam kenyataan akhbar.

    Pejabat Perdana Menteri Mongolia tidak menjawab permintaan untuk memberikan ulasan hari ini dan penasihat Batbold merujuk AFP kepada wakil undang-undangnya di New York. – AFP

    Gambar AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...