Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Dua warga asing ditahan cuba culik kanak-kanak perempuan

    SHAH ALAM, 26 MAC – Polis menahan dua lelaki warga asing disyaki cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan di sebuah pasar raya di Klang, semalam.

    Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S. Vijaya Rao, berkata dalam kejadian pada 7:30 malam itu, kanak-kanak terbabit bersama ibu dan ibu saudaranya sedang menaiki eskalator di pasar raya berkenaan sebelum didatangi dua orang lelaki itu dari arah belakang. 

    “Seorang daripada warga asing itu bertindak mengangkat kanak-kanak perempuan berkenaan dari arah belakang menyebabkan ibu mangsa menjerit serta menarik semula anaknya.” 

    “Dua lelaki itu kemudian cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh orang awam di situ dan diserahkan kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Vijaya Rao berkata, kedua-duanya yang berusia antara 25 hingga 30 tahun direman tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana cubaan menculik.

    Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. – Bernama

    Gambar fail 14 Februari menunjukkan ACP S. Vijaya Rao. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...