Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    ESI Hub sebagai pusat latihan e-Sukan

    PUCHONG, 21 APRIL – Hab sukan elektronik (e-sukan) baharu ESI Hub @ Spacerubix di Puchong dijangka menjadi pusat latihan bagi skuad e-sukan Malaysia menjelang Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China yang dijadualkan pada 10 hingga 25 September ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif E-Sports Integrated (ESI), Ahmed Faris Amir berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membolehkan pasukan kebangsaan Malaysia ‘berkampung’ di ESI Hub untuk menjalani latihan menghadapi temasya sukan di China itu nanti.

    “Mengikut perancangan untuk skuad Sukan Asia latihan di sini, skuad Sukan SEA Hanoi mungkin tidak sempat kerana hab ini baru sahaja dilancarkan. Kami memang sudah bersedia (sebagai pusat latihan Sukan SEA), cuma tidak sempat bincang koordinasi, penempatan dan sebagainya jadi disebabkan itu kemungkinan besar mereka akan sambung latihan di MSN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran ESI Hub yang disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Ramona Mohd Razali. Turut dihadiri oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

     Sebanyak lapan permainan e-sukan akan membuat penampilan sulung sebagai sukan yang ditawarkan pingat secara rasmi pada Sukan Asia Hangzhou antaranya Arena of Valor (versi Sukan Asia), Dota 2, Dream Three Kingdoms 2 dan FIFA (oleh EA Sports). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...