Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    ESSCom siap siaga pembukaan sempadan negara

    LAHAD DATU, 9 MAC – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan dengan langkah pembukaan sempadan negara pada 1 April ini. 

    Komander ESSCom DCP Hamzah Ahmad berkata pihaknya akan sentiasa memastikan kawalan keselamatan di kawasan itu berada pada tahap terbaik dan keselamatan penduduk sentiasa dijaga.

    Katanya, ESSCom juga sedia maklum kawasan pantai timur Sabah sering menjadi tumpuan pelancong terutama di Semporna, Sandakan serta daerah lain.

    “ESSCom bersiap sedia bagi mengambil sebarang langkah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April, selari dengan perancangan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik. 

    Sementara itu, beliau berkata ESSCom akan memperhebatkan operasi mengesan dan meroboh struktur haram atau pondok kecil, dikenali sebagai pondohan oleh penduduk tempatan, yang dibina di kawasan laut Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

    Beliau berkata pihaknya menerima maklumat terdapat banyak pondohan disalah guna dan dijadikan tempat persinggahan untuk penjenayah yang melakukan penculikan untuk wang tebusan termasuk penyeludupan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...