Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Facebook lancar ciri terbaharu

    MENLO PARK, CALIFORNIA, 22 JULAI – Facebook akan melancarkan pengemaskinian yang membolehkan dua bilion pengguna hariannya melihat hantaran kawan mereka dengan lebih mudah mengikut susunan kronologi.

    Ciri baharu tersebut adalah usaha terkini syarikat media sosial itu untuk mendorong orang ramai kembali menggunakan platform itu di tengah-tengah persaingan sengit dengan platform yang lebih terkenal, TikTok.

    Perubahan yang diumumkan kelmarin itu akan menawarkan dua perspektif berbeza. Apabila pengguna Facebook membuka aplikasi itu, mereka pada mulanya akan melihat kandungan berita biasa yang memaparkan hantaran yang dipilih oleh algoritma yang dikatakan syarikat itu bertujuan untuk menonjol topik yang kemungkinan besar menarik minat kawan-kawan yang mempunyai cita rasa mereka yang tersendiri.

    Kandungan utama pada bahagian ‘Home’ yang baharu juga akan memasukkan pilihan untuk melihat video pendek yang dipanggil Reels – hampir serupa dengan TikTok.

    Tetapi ramai pengguna telah meluahkan kekecewaan dengan kandungan yang dipaksa digunakan oleh mereka, manakala pengkritik dari syarikat Menlo Park, California, telah mengecam algoritma yang digunakan untuk menyebarkan maklumat yang salah serta mewujudkan ruang polarisasi.

    Facebook, yang dimiliki oleh Platform Meta, sedang berusaha menangani kebimbangan tersebut dengan tab feed baharu yang terletak di sebelah kiri tab pemberitahuan pada bar pintasan dalam kedua-dua versi iPhone dan Android di aplikasi mudah alihnya.

    Selepas mengklik pada tab feed, pengguna akan dapat beralih kepada ciri-ciri kronologi kegemaran dalam Facebook mereka, kumpulan Facebook yang telah disertai oleh mereka atau feed yang memiliki kandungan eksklusif daripada semua hantaran rakan Facebook mereka mengikut susunan ia dikongsikan. – AP

    Gambar fail logo Facebook yang terpapar pada skrin iPad. Facebook telah mengumumkan bahawa mereka melancarkan pengemaskinian yang datang bersama ciri-ciri baharu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...