GENEVA, 10 NOV – Jentera Ferrari yang mana legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher menang gelaran juara dunia 2003 telah dilelong pada harga sekitar AS$15 juta di Geneva, baru-baru ini.
“Kereta yang menakjubkan ini telah memecahkan harga rekod dunia untuk F1 era moden,” kata pelelong, Sotheby selepas jentera F2003-GA, Chassis 229 dijual pada harga 13 juta Swiss francs (AS$13.2 juta).
Selepas ditambah cukai dan yuran, harga muktamad kereta tersebut menjadi 14.6 juta francs (AS$14.9 juta).
Rekod dunia sebelum ini dipegang oleh kereta Ferrari yang dipandu oleh Schumacher, iaitu model F2001, yang dijual oleh Sotheby di New York pada tahun 2017 pada harga AS$7.5 juta sahaja.
Harga akhir, yang ditawarkan oleh pembida telefon yang tidak dikenali dari Eropah, tersasar jauh daripada jangkaan pelelong, yang menganggarkan kereta tersebut bakal dijual sehingga 9.5 juta Swiss francs sahaja sebelum bidaan bermula.
Ini adalah ‘salah satu kereta F1 yang paling signifikan sepanjang zaman’, kata pelelong. – AFP
