Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fesyen Michelle Yeoh curi tumpuan Met Gala 2023

    Penampilan penuh gaya pelakon Tan Sri Michelle Yeoh mengenakan busana rona hitam dan putih sewaktu melalui karpet merah di Anugerah Met Gala 2023 mencuri tumpuan peminat.

    Kehadiran Michelle di anugerah berkenaan bukanlah kali pertama kerana sebelum penampilannya menggayakan busana hijau zamrud yang direka oleh pereka popular iaitu Prabal Gurung turut menerima pujian ramai.

    Bukan sahaja penampilannya menjadi sebutan, malah foto Michelle bersama pelakon Song Hye Kyo turut tular di media sosial.

    Hye Kyo mengenakan busana rona nude jenama Fendi dilihat anggun ketika melalui karpet merah.

    Anugerah Met Gala tahun ini membawa tema Karl Lagerfeld: A Line of Beauty bagi memberi penghormatan kepada legasi mendiang pereka terkemuka itu.

    Michelle Yeoh mencuri perhatian semasa acara Met Gala 2023 dengan fesyen yang dipakainya. – Agensi

    Lagerfeld merupakan tokoh terkenal dalam industri fesyen dan semasa hayatnya dan telah membantu membawa fesyen di persada global.

    Pereka itu pernah bekerja bersama beberapa jenama terkenal antaranya Chanel, Fendi, Chloe dan banyak jenama fesyen terkemuka lain dan kerjayanya yang menjangkau lebih daripada 60 tahun.

    Sementara itu, aura bintang yang dibawa Michelle di anugerah berprestij itu juga dilihat semakin bersinar sejak memenangi kategori Pelakon Terbaik di Anugerah Oscar 2023 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles pada 13 Mac lalu.

    Kemenangan itu menjadikan Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 60, aktres pertama dari Asia yang memenangi kategori berkenaan selain rakyat Malaysia sulung yang menerima pencalonan dan memenangi anugerah Oscar.

    Untuk rekod, pelakon berasal dari Ipoh, Perak itu memenangi trofi tersebut hasil lakonan mantapnya dalam filem berjudul Everything All At Once yang sekali gus menewaskan calon lain termasuk Cate Blanchett (Tar), Ana De Aemas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda