Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Forum EU-Indo Pasifik terapkan komitmen bersama

    PARIS, 23 FEB – Forum Kerjasama Menteri Indo-Pasifik Kesatuan Eropah (EU) yang julung kali diadakan di sini berakhir dengan beberapa komitmen atau iltizam bersama, yang akan mengeratkan lagi hubungan antara 27 negara anggota EU dan  kira-kira 30 negara Indo-Pasifik.

    Negara-negara yang mengambil bahagian dalam forum tersebut sepakat, antaranya untuk bekerjasama demi keamanan, kemakmuran dan pembangunan mampan yang inklusif di Eropah dan Indo-Pasifik. Mereka juga menegaskan semula komitmen terhadap perintah antarabangsa berasaskan peraturan, nilai dan prinsip demokrasi, serta pengukuhan multilateralisme dan kedaulatan undang-undang. Menurut Perwakilan Tertinggi EU untuk Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell, komitmen itu termasuk kebebasan Navigasi selaras dengan Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).

    “Kebimbangan keselamatan dari Korea hingga ke Selat Melaka, semua ini adalah untuk kita kerana 40 peratus daripada perdagangan kami melalui perairan ini.

    “Sekiranya pelayaran ini dihalang oleh seseorang, keterangkuman ekonomi kita di dunia akan terjejas, kerana itu kita memerlukan kebebasan Navigasi, kita memerlukan acuan keselamatan yang perlu kita bina bersama,” katanya dalam satu sidang media, di sini.- Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...