Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Forum kongsi pemahaman amalan berpuasa

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 11 APRIL – Bagi menerapkan penghayatan amalan ibadah berpuasa di bulan Ramadan dan mensyiarkan agama Islam kepada seluruh umat Islam di Negara Brunei Darussalam khususnya dalam kalangan mualaf, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah mengadakan Forum Marhaban Ya Ramadan bersama Mualaf Senegara, hari ini.

    Forum berkenaan dikendalikan secara fizikal di Dewan Serbaguna Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait dan secara maya melalui aplikasi Zoom.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi acara tersebut ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Turut serta ialah ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung; Profesor Dr Haji Ismail bin Opak; Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Abdul Kahar serta para mualaf terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Sinar Islam.

    Forum berkenaan mengongsikan ilmu pengetahuan dan pemahaman amalan berpuasa dan memberikan pendekatan agar dapat menerapkan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat sebelum forum yang menampilkan dua orang ahli panel iaitu Pegawai Perkembangan Ugama, Dayang Nurhuwaina binti Mamud dan Pegawai Perkembangan Ugama (i-Ready), Dayang Juliana @ Siti Shatirah binti Haji Jailani. Forum dipengerusikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama (i-Ready), Awang Abdul Khaliq bin Kamree.

    Forum berkenaan dianjurkan oleh PDI melalui Unit Dakwah Daerah Belait dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf), Unit Dakwah Daerah Tutong dan Unit Dakwah Daerah Temburong.

    Yang Berhormat Haji Umarali hadir bersama peserta lain semasa forum anjuran PDI yang diadakan secara maya baru-baru ini. – Gambar serahan PDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...