Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Gagal jika tak layak ke final – Zii Jia

    KUALA LUMPUR, 11 FEB – Penyertaan skuad lelaki kebangsaan dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam pada 15-20 Februari ini, dianggap gagal sekiranya tidak berjaya mara ke final, menurut pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia.

    Zii Jia yang menyasarkan pasukannya menjadi juara kejohanan itu berkata Malaysia perlu memanfaatkan kelebihan yang ada memandangkan terdapat beberapa pasukan yang kuat tidak menghantar pemain utama mereka dalam saingan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City.

    “Saya bukan nak bagi tekanan namun kebanyakan pasukan lain hantar barisan kedua pemain, sudah tentu bagi saya mahu juara atau sekurang-kurangnya ke final.

    “Kalau tidak ke final bermakna kita gagal, saya juga gagal, sebab barisan pemain kita paling kuat,” katanya kepada pemberita selepas menjalani sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara menjelang BATC, hari ini.

    Skuad lelaki diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Singapura dan Kazakhstan sekali gus mengelak dari bertemu juara tiga kali Indonesia (2016, 2018, 2020), India, Korea Selatan dan Hong Kong yang diundi dalam Kumpulan A. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...