Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    SCS beri ganjaran kepada pelabur

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Standard Chartered Securities (SCS), peneraju dalam pasaran pengurusan kekayaan bakal memberikan ganjaran kepada para pelabur yang melanggan unit amanah atau bonnya melalui pemberian e-baucar tunai.

    Pelanggan yang mencapai langganan minimum $10,000 untuk unit amanahnya akan menerima e-baucar bernilai $38, manakala langganan $100,000 dalam bon akan menerima e-baucar bernilai $180 bagi setiap nilai pelaburan itu, tertakluk kepada terma dan syarat kelayakan.

    Ketua Pegawai Eksekutif SCS, Brenda Low dalam kenyataan yang diterima di sini, berkata, “Kami menawarkan rangsangan insentif untuk memulakan tahun kewangan kepada para pelabur yang berminat, apabila mereka memilih untuk mengembangkan kekayaan bersama Standard Chartered Securities.

    “Dengan pemahaman yang kukuh akan prinsip pelaburan, pelanggan boleh mengembangkan dan melindungi kekayaan mereka dengan mencari peluang atau menyemak portfolio mereka untuk mengharungi ketidaktentuan pasaran,” tambahnya.

    Beliau seterusnya menjelaskan, SCS berhasrat untuk memastikan pelanggan dilengkapi dengan pemahaman baik prinsip-prinsip dan risiko sebelum memulakan pelaburan mereka.

    Bagi bakal pelabur yang berminat, mereka hendaklah melengkapkan penilaian profil risiko pelanggan bagi memastikan mereka memahami risiko sebelum melanggan sebarang produk kekayaan.

    Para pelabur yang ingin mengetahui lebih lanjut produk dan perkhidmatan pelaburan bolehlah mengunjungi Bank Standard Chartered cawangan Gadong dan Kuala Belait untuk berkomunikasi dengan mana-mana pengurus perhubungan atau perunding kekayaan berlesen atau layari laman web bank berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...