Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Gempa 6.1 magnitud gegar Utara Sulawesi

    JAKARTA, 6 NOV – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan wilayah Utara Sulawesi di tengah Indonesia hari ini, namun gempa itu tidak mencetuskan tsunami, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia.

    Gempa berlaku pada pukul 7:03 pagi waktu Jakarta, dengan pusat gempa di 69 kilometer barat daya daerah Kepulauan Sitaro dan dengan kedalaman 255 kilometer di bawah dasar laut, tambah agensi tersebut.

    Getaran gempa turut dirasakan di wilayah berhampiran Utara Maluku, menurut BMKG.

    BMKG tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami, dan berkata gempa itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...