Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Giliran Pachara tuntut cerai

    Pelakon, Pachara Apin mendedahkan sepanjang perkahwinan dengan aktor Afiq Muiz dia yang terpaksa keluar bekerja bagi menampung kehidupan mereka suami isteri.

    Pachara atau Nur Aaira Mahadeya, 32, mendakwa, Afiq hanya menghabiskan waktu di rumah bermain permainan video sementara dia keluar bekerja.

    “Banyak idea kau untuk memalukan saya sekarang. Cakap saya bukan siapa-siapa lagi dalam hidup? Jadi apa yang kau sedang buat sekarang ini? Kenapa tak beri kerjasama lepaskan saya?

    “Takkan kau masih nak saya kerja bagi kau makan lepas itu kau pukul-pukul lagi setiap Jumaat Sabtu?

    “Ahad kau bagi rehat sebab Isnin kau mahu saya kerja sara kau kan? Isnin hantar kerja kalau ada mood. Balik dari kerja kau complaint sakit badan sebab main game.

    Pachara ke mahkamah failkan tuntutan fasakh. – Agensi

    “Kau marah saya kau bosan duduk rumah main game sahaja. Kau tak tahu malu ke? Bercakap sekarang macam rempit lagi menjawab warganet,” katanya.

    Pachara mendedahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Khamis sebagai respons kepada Afiq yang mendakwa dia berlaku curang selain mengamalkan gaya hidup bebas.

    Afiq membuat pendedahan itu selepas dia didakwa enggan memberi kerjasama dengan menghadirkan diri ke mahkamah bagi proses penceraian mereka.

    Dalam pada itu, Pachara memberitahu dia menyesal menarik balik laporan polis terhadap Afiq berhubung kes dia dipukul kerana percaya pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu akan berubah menjadi seorang suami lebih baik.

    Sebaliknya Pachara menyifatkan Afiq sebagai seorang lelaki pengecut yang hanya mahu menguasai seorang wanita dan tidak akan berubah.

    “Aku yang buang kau jauh-jauh lepas kau pukul aku dengan teruk. Kau memang tidak tahu erti kenang budi? Saya lepaskan kau tarik laporan polis lepas kau pukul saya teruk itu supaya kau boleh berubah.

    “Lelaki yang memukul perempuan adalah lelaki yang pengecut yang mahu menguasi perempuan. Cuba mana-mana lelaki nak pukul kau, kau lari pengecut!

    “Keluarga saya sedang tahan hati saja tengok drama kau ini. Abang-abang sepupu dan pak cik-pak cik saya memerhati saja perangai kau dari dulu,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...