Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Gol penyudah Hakimi bawa Maghribi mara suku akhir AFCON

    YAOUNDE, 26 JAN – Achraf Hakimi berjaya menjaringkan gol menarik melalui sepakan percuma yang menakjubkan untuk membawa Maghribi melepasi suku akhir Piala Negara-Negara Afrika selepas kemenangan 2-1 ke atas Malawi kelmarin.

    Gabadinho Mhango meletakkan pasukan bukan pilihan Malawi, yang beraksi buat kali pertama dalam peringkat kalah mati dalam kejohanan, mendahului perlawanan dengan jaringan menarik dari jarak 40 meter di stadium Ahmadou Ahidjo.

    Tetapi tandukan Youssef En-Nesyri berjaya menyamakan kedudukan untuk Maghribi pada masa penamat separuh masa pertama sebelum Hakimi membuat percubaan kencang sekali gus memenangi perlawanan pada minit ke-70 dan bakal bertemu sama ada Mesir atau Ivory Coast dalam kelompok lapan terakhir.

    “Apabila awda menang, awda akan mendapat penghormatan,” kata jurulatih Maghribi, Vahid Halilhodzic.

    “Malawi menjaringkan gol yang menakjubkan, saya fikir kami bermain dengan baik semasa separuh masa pertama, tetapi malangnya, kami kurang dari segi kecekapan.

    Kami mungkin mempunyai 10 peluang yang sepatutnya tidak dilepaskan.

    “Tetapi saya sangat yakin. Pasukan merasa sedih tetapi saya tahu pada satu titik bahawa kita akan menjaringkan gol kedua.

    Kami menguasai perlawanan tersebut dan kami lebih berhak untuk layak ke seterusnya. – AFP

    Reaksi Achraf Hakimi meraikan bersama Munir Mohand Mohamedi selepas menjaringkan gol kedua untuk pasukannya semasa perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika di antara Maghribi dan Malawi di Yaounde, 25 Januari. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...