Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Government Vendor Portal bermula 1 April

    Oleh Sim Y. H. 

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Portal e-Invoice akan melalui proses peralihan dan ditukar menjadi Government Vendor Portal bermula 1 April, berikutan dengan penambahbaikan ke atas sistem Treasury Accounting and Financial Information System (TAFIS).

              Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa Government Vendor Portal merupakan portal layan sendiri, yang akan membolehkan pembekal-pembekal (vendor) yang berminat untuk menyertai sebut harga ataupun tawaran yang dikeluarkan oleh kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan serta menghadapkan tuntutan atau invois setelah memberikan khidmat pembekalan atau perkhidmatan kerja kepada mana-mana agensi kerajaan.

              Oleh itu, para pembekal adalah dikehendaki untuk mendaftar secara dalam talian untuk mengakses portal berkenaan. Pembekal-pembekal yang sudah berdaftar dalam portal e-invoice juga masih perlu mendaftar dalam Government Vendor Portal.

              Oleh itu, pembekal-pembekal yang berkenaan dinasihatkan untuk mendaftar dalam Government Vendor Portal dengan seberapa segera yang boleh.

              Pembekal-pembekal yang memerlukan bantuan untuk mendaftar bolehlah menghadiri Vendor Clinic pada 1 hingga 30 April, semasa waktu bekerja di Bilik Serbaguna 2, Tingkat 3, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (Island Block).

     

    Gambar hiasan Unsplash18

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...