Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    ‘Halang pemegang kad burung-burung, sijil banci masuk ke Labuan’

    LABUAN, 12 SEPT – Senator Datuk Bashir Alias mendesak Jabatan Imigresen untuk menghalang pemegang Kad Burung-Burung dan Sijil Banci dalam kalangan imigran warga Filipina dari Sabah untuk memasuki pulau bebas cukai ini.

    Pada masa sama, beliau berkata Jabatan Imigresen harus membenarkan pemegang kedua-dua dokumen tersebut yang berada di pulau ini untuk pulang ke Sabah.

    Bashir berkata ini selari dengan polisi tiada aliran bebas yang akan dikuat kuasa di terminal feri roll on roll off dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

    Kementerian Dalam Negeri sebelum ini telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan kawalan lebih ketat di dua terminal feri di sini, terutama terhadap pengembara bukan penduduk Sabah yang ingin ke tanah besar negeri itu. 

    Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peruntukan sebanyak RM200,000 telah diluluskan untuk tindakan segera seperti menubuhkan kaunter khas bagi bukan penduduk Sabah.

    Beliau berkata kawalan lebih ketat diperlukan bagi memastikan tiada aliran bebas di pintu masuk utama terminal feri ke tanah besar Sabah di Jeti Tanjung Pagar Sipitang, Menumbok dan Jesselton. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...