Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

Hari pertama Yes2Malaysia dapat sambutan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Ekspo pendidikan Malaysia terbesar, Yes2Malaysia kembali bagi edisi ke-13 yang berlangsung selama dua hari di Hotel Mulia di sini, dengan hari pertama menyaksikan sambutan yang menggalakkan, hari ini.

Ekspo anjuran Rexpocentral (Malaysia) dan Perkhidmatan Pendidikan MEG (Brunei) berkenaan telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, yang memberikan sokongan tambahan kepada acara tersebut.

Lebih 1,400 orang hadir pada hari pertama, yang merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah 12 tahun ekspo itu diadakan, dengan lebih 20 buah institusi pengajian tinggi mempamerkan program dan peluang akademik masing-masing.

Dalam kenyataan yang diberikan, Ketua Pegawai Eksekutif Rexpo Malaysia, Ahmed Rezal Chan berkata, “Walaupun jumlah penduduknya yang kecil, pendekatan kami untuk menganjurkan ekspo di Brunei adalah berdasarkan data statistik dan penyelidikan, yang secara berterusan menunjukkan kemajuan dalam peningkatan bilangan pelajar Brunei di Malaysia dengan perkembangan semasa lebih 1,000 orang pelajar.”

Semasa acara itu, pelajar dan ibu bapa serta penjaga berpeluang bertemu secara langsung dengan wakil dari 20 buah universiti dan kolej Malaysia untuk konsultasi dan kemasukan percuma.

Acara tersebut dianjurkan di bawah bidang kuasa Majlis Akreditasi Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNAC).

TYT Dato’ Raja Reza berbual bersama pengunjung semasa melawat salah satu petak pameran.
Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat mengenai univeristi dan kolej Malaysia semasa ekspo dua hari berkenaan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -