Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    HK beri amaran kepada pencinta haiwan

    HONG KONG, 21 JAN – Kerajaan Hong Kong hari ini memberi amaran kepada pencinta haiwan tempatan agar tidak menghalang menghapuskan haiwan kecil, dasar yang dilaksanakan apabila hamster di kedai haiwan disahkan positif dijangkiti koronavirus.

    Hong Kong mengikut jejak Beijing untuk melaksanakan dasar ketat ‘Sifar COVID’, yang mana walaupun terdapat sedikit petanda virus akan menyebabkan pengesanan kontak, perintah berkurung dan tempoh kuarantin yang lama.

    Penemuan kes positif COVID-19 ke atas hamster import di kedai haiwan Little Boss telah mengakibatkan kira-kira 2,000 haiwan kecil di kedai tersebut – kebanyakannya adalah hamster, arnab, chinchilla dan guinea pig – dihapuskan sebagai ‘langkah berjaga-jaga’, dengan pemilik diminta untuk menyerahkan haiwan yang dibeli selepas 22 Disember.

    Akan tetapi dasar itu mencetuskan bantahan, dengan pencinta haiwan berkumpul di luar bangunan kerajaan di kemudahan pengumpulan hamster untuk menghalang pemilik daripada menyerahkan haiwan peliharaan mereka – langkah yang dikecam oleh Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD), hari ini.

    “AFCD meminta mereka untuk menghentikan tindakan yang dilakukan dengan segera dan memulangkan hamster yang telah diambil,” katanya dalam satu kenyataan, menambah polis akan dimaklumkan mengenai menghalang hamster.

    Lewat kelmarin, kemudahan itu berkata ia menerima 68 ekor hamster.

    Penyiar berita tempatan hari ini menunjukkan van polis diletakkan di luar kemudahan pengumpulan.

    Setakat ini tiada denda yang dikenakan ke atas pemilik haiwan peliharaan yang tidak mahu menyerahkan haiwan yang dibeli selepas 22 Disember, namun pegawai kesihatan berkata Hong Kong mempunyai undang-undang untuk menguatkuasakan perintah penyerahan.

    Mereka turut memberi amaran ‘besar kemungkinan’ penyebaran virus antara haiwan kepada manusia, setelah mendapati lebih banyak kes positif berkait dengan kedai haiwan tempatan.- AFP

    Seekor hamster yang diserahkan kepada pihak kerajaan untuk dihapuskan. Kerajaan Hong Kong memberi amaran kepada pencinta haiwan tempatan agar tidak menghalang penghapusan haiwan kecil bagi membendung penularan COVID-19.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...