Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    HK kurangkan penggantungan penerbangan

    HONG KONG, 27 MAC – Hong Kong hari ini mengumumkan ia akan mengurangkan separuh tempoh yang mana mereka menggantungkan penerbangan antarabangsa yang membawa penumpang dijangkiti COVID, ketika industri penerbangan semakin menyuarakan kebimbangan mengenai kesukaran berterusan untuk beroperasi di bandar itu.

    Sebelumnya sebuah hab logistik dan pengangkutan global, Hong Kong mengenakan sekatan perjalanan paling ketat di dunia di bawah dasar sifar COVID.

    Salah satu langkah yang dilaksanakan oleh bandar itu, ‘mekanisme penggantungan laluan tertentu’, yang mana sebelum ini menggantungkan penerbangan daripada terbang di laluan tertentu selama 14 hari sekiranya tiga atau lebih jangkitan dikesan di kalangan penumpang pesawat.

    Pada awal hari ini, kerajaan mengumumkan tempoh penggantungan akan dikurangkan daripada 14 hari kepada seminggu, bermula 1 April.

    Syarikat penerbangan melobi untuk pembatalan sepenuhnya, tetapi ketua Hong Kong, Carie Lam berkata ‘tiada ruang untuk pelonggaran besar-besaran’ ketika cuba menghalang jangkitan import kekal ‘sebagai teras utama dasar anti pandemik COVID.

    Isnin lalu, Hong Kong mengambil langkah pertama dalam melonggarkan sekatan ketika bandar itu kini melepasi kemuncak gelombang virus, mengatakan ia akan membatalkan larangan penerbangan dari sembilan buah negara.

    Tetapi kadar pembukaan semula masih ketinggalan di belakang rakan serantau – terutama hab kewangan yang bersaing iaitu Singapura, yang berkata pada Khamis lalu ia akan melonggarkan sekatan bagi semua pengunjung yang lengkap menerima vaksinasi pada minggu ini.

    Minggu lalu, Bloomberg melaporkan bahawa 11 buah syarikat gergasi penerbangan dan logistik telah menghantar surat menyeru pembatalan ujian wajib COVID untuk kru penerbangan sebelum berlepas atau tiba.

    “Kami ingin operasi penerbangan kembali normal di Hong Kong, yang mana bandar itu sekali lagi boleh berfungsi sebagai hab penerbangan,” kata mereka.- AFP

    Hong Kong akan mengurangkan separuh tempoh di mana mereka menggantungkan penerbangan antarabangsa yang membawa penumpang dijangkiti COVID.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...