Sunday, April 28, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Houle tawan peringkat 16 Tour De France

    FOIX, PERANCIS, 20 JULAI – Pelumba basikal Kanada, Hugo Houle menangis sebak selepas memenangi peringkat 16 Tour de France kelmarin sekali gus mendedikasikan kejayaan itu kepada abangnya yang baharu sahaja meninggal dunia.

    Manakala Jonas Vingegaard dari Jumbo mengekalkan pendahuluan keseluruhan daripada juara bertahan, Tadej Pogacar dan Geraint Thomas dari Ineos ketika jelajah tersebut menyaksikan perlumbaan merentasi kawasan pergunungan Pyrenees.

    Pelumba Slovenia yang berusia 23 tahun itu melakukan pecutan tanpa henti, tetapi Vingegaard tetap mengekori rentaknya setiap masa.

    Sementara itu, ia merupakan hari yang hebat untuk veteran Colombia, Nairo Quintana yang naik ke tangga keempat, manakala harapan tuan rumah, David Gaudu dari Groupama-FDJ kini berada di tempat kelima.

    Tidak lama selepas meninggalkan kubu batu di Carcassonne, baki seramai 149 dari 172 orang penunggang yang berlepas dari Copenhagen, memulakan kayuhan mendaki ke kawasan yang lebih sejuk dengan ketinggian mencapai 1600m.

    Sejurus itu, sekumpulan lapan pelumba memisahkan jurang antara mereka dan memberi petanda baik bagi penunggang IST, Houle untuk meninggalkan pesaingnya pada pecutan akhir 25km menuruni bukit ke garisan penamat di Foix di tebing sungai Ariege.

    Dia menjadi pelumba Kanada pertama sejak Steve Bauer pada 1988 untuk memenangi peringkat perlumbaan.

    Jelajah tersebut kini menghabiskan dua hari di bahagian atas pergunungan Pyrenees di mana pemenang jersi kuning 2022 mungkin akan diputuskan. – AFP

    Reaksi Hugo Houle meraikan kejayaan di podium selepas memenangi peringkat ke-16 dalam perlumbaan berbasikal Tour de France edisi ke-109 di selatan Perancis kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...