Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Hujan berpanjangan cetus banjir kilat

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Keadaan hujan yang berpanjangan dan air pasang telah mengakibatkan kejadian banjir kilat di beberapa tempat di Daerah Temburong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, antara kawasan yang diambil perhatian oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) ialah di kilometer 12 Jalan Temada yang terjejas oleh banjir kilat dan air pasang sejak pukul 12 tengah hari, kelmarin.

    Kenyataan menyatakan lanjut bahawa hadir untuk memantau situasi di tempat kejadian ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim selaku pengerusi DDMC.

    Agensi yang turut hadir ialah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Kompeni E Bangar Kem, Cawangan Operasi G Bomba dan Penyelamat Temburong, Daerah Polis Temburong serta Jabatan Daerah Temburong.

    Kenyataan menerangkan bahawa DDMC telah menggerakkan sebuah perahu bagi memudahkan penduduk kampung menggunakan jalan berkenaan untuk keluar dan masuk. Di samping itu, DDMC turut membincangkan bersama Pemangku Ketua Kampung Lepong Baru, Awang Ambol anak Akit untuk koordinasi dan tindakan yang bersesuaian bagi membantu khususnya penduduk yang terjejas.

    JBP dalam kenyataannya menyarankan orang ramai supaya memastikan pintu rumah dan jendela dalam keadaan tertutup jika mereka tidak berada di dalam rumah bagi mengelakkan binatang-binatang liar seperti biawak, ular dan buaya memasuki rumah mereka serta memastikan dan menjaga keselamatan kanak-kanak supaya tidak bermain dengan air tekungan atau longkang akibat banjir kerana ia boleh mendatangkan penyakit.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Pemantauan yang dikendalikan oleh Pengiran Muhammad Ameer Mubarak dan agensi-agensi yang berkenaan dan penyediaan sebuah perahu bagi memudahkan penduduk kampung yang terjejas dalam kejadian banjir kilat serta air pasang di kilometer 12 Jalan Temada, Daerah Temburong, kelmarin.
    Pengiran Muhammad Ameer Mubarak dan agensi-agensi berkenan ketika memantau keadaan di kilometer 12 Jalan Temada, Daerah Temburong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...