Sunday, April 28, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Hyundai labur lebih AS$50 bilion dalam sektor EV

    SEOUL, 27 MAC – Hyundai hari ini mendedahkan rancangan untuk melabur lebih AS$50 bilion di Korea Selatan menjelang 2026, di mana sebahagian besar didedikasikan untuk meningkatkan pembinaan dan pengeluaran kenderaan elektrik (EV).

    Bersama sekutunya Kia, Hyundai ialah pembuat kereta ketiga terbesar di dunia berdasarkan jualan, tetapi gergasi Korea Selatan itu ketinggalan dalam sektor EV di belakang Tesla dan syarikat China, BYD.

    Hyundai berminat untuk menembusi tiga pasaran teratas EV global, dengan menyatakan tahun lepas ia menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran EV kepada lebih 3.6 juta unit menjelang 2030.

    Dengan pelaburan 68 trilion won (AS$50.5 bilion) diumumkan hari ini, Hyundai Motor Group berkata ia mahu ‘menjamin enjin pertumbuhan masa depan dalam persekitaran perniagaan yang tidak menentu melalui perubahan dan inovasi yang berterusan.’

    “Sektor automotif, termasuk projek mobiliti masa depan, menyumbang 63 peratus daripada jumlah pelaburan kumpulan,” tambahnya.

    Di bawah rancangan tersebut, Hyundai akan mewujudkan 80,000 pekerjaan di Korea Selatan dan membina tiga kilang EV baharu, dengan matlamat meningkatkan pengeluaran EV tahunan di negara itu kepada 1.51 juta unit menjelang 2030.

    Strategi EV kumpulan itu juga termasuk pelaburan dalam infrastruktur, perisian, teknologi bateri dan pemanduan autonomi. – AFP

    Pejalan kaki melepasi logo pengedar kereta Hyundai Motor di Seoul pada 27 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...