Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    India lancar perkhidmatan 5G

    NEW DELHI, 2 OKT – Perdana Menteri Narendra Modi melancarkan perkhidmatan 5G di India pada Sabtu, menggelarnya sebagai ’langkah ke arah era baharu’.

    Pelancaran di bandar terpilih akan meliputi seluruh negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang, menurut satu kenyataan kerajaan.

    Modi melancarkan perkhidmatan yang amat dinanti-nantikan yang bertujuan untuk menyediakan liputan yang lancar, kadar data yang tinggi, kurang kelewatan dalam sambungan internet dan komunikasi yang sangat dipercayai dengan kehadiran pemimpin telekomunikasi India di New Delhi.

    “Acara ini akan terukir dalam sejarah,” kata Modi pada pelancaran itu. Beliau berkata ia adalah ‘langkah ke arah era baharu di negara ini’ dan ‘permulaan peluang yang tidak terhingga.’

    Bharti Airtel melancarkan perkhidmatan 5Gnya di lapan buah bandar pada Sabtu dan telah menetapkan pada Mac 2024 sebagai tarikh akhir untuk liputan seluruh negara untuk 5,000 buah bandar.

    Syarikat telekomunikasi Reliance Jio merancang untuk bermula dari empat kawasan metropolitan pada bulan Oktober dan berharap untuk mencapai kebanyakan bandar dan pekan dalam tempoh 18 bulan.

    Kerajaan berkata bahawa kesan ekonomi kumulatif 5G ke atas India dijangka mencecah AS$450 bilion menjelang 2035.

    Agensi penyelidikan OMDIA mengunjurkan bahawa dengan 369 juta langganan 5G yang lebih separuh daripada jumlah langganan 5G global pada masa ini, India akan berada di belakang China dan AS dalam ranking dunia menjelang 2026. India akan menyingkirkan Jepun daripada tempat ketiga dengan 147 juta pelanggan, menurut kepada akhbar Business Standard. – AP

    Perdana Menteri India Narendra Modi bercakap pada pelancaran perkhidmatan 5G di India, di New Delhi, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...