Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Inflasi UK: Pekerja kereta api bawah tanah tunjuk perasaan

    LONDON, 19 OGOS – Mogok oleh pekerja kereta api bawah tanah London menyebabkan rangkaian transit ibu negara Britain itu terhenti hari ini, sehari selepas kakitangan kereta api mengadakan mogok di seluruh negara.

    Satu lagi mogok kereta api dijadualkan esok ketika United Kingdom (UK) berhadapan pekerja yang menuntut kenaikan gaji untuk mengimbangi kenaikan harga makanan dan tenaga yang melonjak tinggi.

    Pengendali pengangkutan London berkata semua kereta api bawah tanah yang beroperasi di kebanyakan laluan Tube London ditutup berikutan tunjuk perasaan mengenai kerja, gaji dan pencen oleh Kesatuan Kereta Api, Maritim dan Pengangkutan.

    “Ia akan menjadi hari yang sukar,” kata pengarah operasi pelanggan TFL, Nick Dent. “Kami menasihatkan pelanggan untuk tidak membuat perjalanan menggunakan Tube.”

    Sementara itu, kelmarin ribuan pembersih kereta api, pemberi isyarat, pekerja penyelenggaraan dan kakita- ngan lain turut mengadakan tunjuk perasaan selepas kereta api memulakan semula operasinya.

    Hanya kira-kira satu perlima kereta api yang beroperasi dalam tempoh 24 jam, menjadikan mogok terbaharu dalam demonstrasi di landasan kereta api Britain. Kerajaan Konservatif Britain menafikan campur tangan, tetapi berkata syarikat kereta api perlu mengurangkan kos dan kakitangan selepas dua tahun bantuan pembayaran kecemasan kerajaan untuk mengekalkan mereka bertahan. – AP

    Kereta api laluan Piccadilly ketika ahli Kesatuan Kereta Api, Maritim dan Pengangkutan (RMT) meneruskan tunjuk perasaan menuntut kenaikan gaji di London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...