Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Interaksi tamadun China-Afrika dapat pujian 

    BEIJING, 11 APRIL – Interaksi dan saling mempelajari tamadun Afrika dan China bukan sahaja memberi manfaat antara satu sama lain bahkan seluruh dunia turut memperoleh faedahnya.

    Wakil Tetap Kesatuan Afrika (AU) ke China, Rahamtalla M. Osman menyifatkan tamadun Afrika dan China mengandungi ciri-ciri kolektivisme dan pemikiran tentang simbiosis harmoni manusia dengan alam.

    “Titik persamaan ini menjadikan interaksi tamadun kedua-dua pihak bercirikan sama rata, aman dan bersahabat.

    “Ia sangat penting dalam konteks dunia sedang mendepani situasi kompleks dan mencabar ketika ini,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Dialog Tamadun China-Afrika edisi pertama yang berlangsung secara hibrid pada Sabtu.

    Duta Etiopia ke China, Teshome Toga Chanaka pula berkata kerjasama muhibah Afrika-China adalah berlandaskan saling percaya. 

    “Afrika dan China saling menghormati isu-isu berkaitan kepentingan teras, berkongsi hasil kerjasama, dan berganding bahu menghadapi cabaran.

    “Maka, ikatan muhibah dan kolaborasi kedua-dua pihak pasti akan terus berkembang maju,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...