Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Iran meterai kontrak bernilai AS$13 bilion

    TEHRAN, 18 MAC – Iran kelmarin menandatangani kontrak bernilai berbilion dolar dengan syarikat domestik untuk meningkatkan pengeluaran minyaknya dalam menghadapi sekatan Barat.

    Dalam satu majlis yang disiarkan di televisyen kerajaan, kementerian minyak dan perniagaan Iran menandatangani perjanjian bernilai AS$13 bilion untuk meningkatkan pengeluaran minyak harian dalam enam bidang utama.

    Agensi berita rasmi untuk industri minyak, Shana, melabelkan perjanjian itu sebagai ‘kontrak minyak terbesar Iran dalam 10 tahun kebelakangan’ dan berkata mereka menyasarkan menambah 350,000 tong sehari kepada pengeluaran harian negara.

    Pada Oktober lalu, Menteri Minyak Iran, Javad Owji, berjanji pengeluaran minyak negara akan mencapai 3.6 juta tong sehari menjelang akhir tahun Parsi pada 19 Mac.

    Pada tahun baharu di bawah kalendar Parsi, ‘pengeluaran akan mencecah empat juta tong sehari,’ tambahnya.

    Sektor minyak Iran mengalami tamparan hebat pada 2018 apabila sekatan Barat dikenakan semula, memaksa syarikat asing meninggalkan negara itu, selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian penting yang direka untuk mengekang program nuklear Tehran.

    Menurut Kementerian Minyak, Iran akan ‘bergantung kepada kepakaran domestik’ untuk membantu meningkatkan pengeluaran di barat dan barat dayanya, termasuk Azadegan di wilayah Khuzestan, di sempadan dengan Iraq.

    Kontrak pembangunan untuk ladang minyak tertua Iran, Masjed Soleyman di Khuzestan, turut ditandatangani. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...