Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    ISN, IJN pantau pemulihan Mohd Azizulhasni

    KUALA LUMPUR, 3 MEI – Satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi memantau dan membantu proses pemulihan jaguh berbasikal Malaysia, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan jantung pada 21 April lepas.

    Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli berkata pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar dari ISN dan Institut Jantung Negara (IJN) itu akan terus memantau perkembangan Mohd Azizulhasni sepanjang tempoh pemulihan.

    Menurutnya, pasukan itu juga akan merangka satu program pemulihan berstruktur yang berdasarkan bukti menggunakan data-data penting. Ahmad Faedzal turut menjelaskan sokongan dan doa daripada semua pihak amat diperlukan Mohd Azizulhasni ketika ini, selain diberi ruang untuk pulih sepenuhnya daripada pembedahan yang dijalani bagi tiga bulan pertama ini.

    Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu telah menjalani pembedahan jantung terbuka bagi kondisi jantung jarang jumpa dikenali arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi yang janggal (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.

    Penyakit berbahaya itu membawa risiko serangan jantung dan kematian mengejut jika tidak dirawat segera. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...