Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Itali duduki puncak Kumpulan A3

    CESENA, ITALI, 8 JUN – Itali menduduki tangga teratas dalam kumpulannya di Liga Negara-Negara UEFA selepas pasukan tersebut melebarkan rekod kemenangan mereka dengan menewaskan Hungary 2-1, kelmarin.

    Pasukan Roberto Mancini mendahului dalam Kumpulan 3, Liga A, hasil daripada gol pada separuh masa pertama daripada Nicolo Barella dan Lorenzo Pellegrini di Cesena yang meletakkan mereka mendahului satu mata dengan pasukan di tempat kedua, Hungary.

    Dalam perlawanan tersebut, mereka telah mempamerkan aksi-aksi yang menakjubkan sehingga Gianluca Mancini menyumbat gol sendiri pada minit ke-61, merubah kedudukan yang mengejutkan Hungary, pasukan yang diketuai oleh Marco Rossi selaku jurulatih mereka.

    Juara Eropah tersebut, berusaha untuk bangkit semula selepas gagal dua kali melayakkan diri ke Piala Dunia, kini membuat kunjungan ke Wolverhampton untuk menentang England pada Sabtu ini sebelum berdepan dengan Jerman di Moenchengladbach tiga hari kemudian.

    Mancini memilih kesebelasan utamanya daripada pemain yang tidak pernah beraksi ketika pasukannya menjuarai Euro 2020, iaitu pemain-pemain yang ditewaskan oleh Macedonia Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia tahun ini pada Mac lalu.

    Sebelum perlawanan kelmarin, Itali memenangi tiga daripada 11 perlawanan sejak dinobatkan sebagai juara Eropah di Wembley pada Julai lalu, antara kemenangan tidak bermakna di Turki selepas ditewaskan oleh Macedonia Utara. – AFP

    Aksi Alessio Zerbin (tengah) ketika melepasi pertahanan pasukan Hungary semasa perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara Itali dan Hungary di Cesena. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...