Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Jangan abaikan tugas

    Saya baru-baru ini terbaca satu surat pembaca bertajuk Posmen Jangan Pentingkan Diri yang disiarkan dalam Media Permata bertarikh 12 oktober yang lalu oleh pemandu.

    Dalam surat pembaca tersebut, beliau mengatakan nyaris melanggar seorang posmen yang sesuka hati keluar simpang tanpa memikirkan pengguna jalan yang lain.

    Saya amat bersetuju dengan pendapat beliau kerana sesetengah posmen ini mementingkan diri sendiri ketika menjalankan tugas.

    Apa yang membuat saya geram, sesetengah surat tidak dihantar ke alamat betul dan ada surat yang tidak dijumpai alamatnya. Bagaimana jika surat-surat itu mengandungi perkara penting tetapi tidak dihantar ke alamat betul?

    Ia berlaku kepada saya sendiri di mana baru-baru ini saya mendapat panggilan daripada pihak relevan mengenai tunggakan bayaran yang perlu saya lunaskan.

    Apabila saya bertanya, mereka mengatakan sudah menghantar ke alamat rumah saya, namun posmen memulangkannya semula kerana tidak menjumpai alamat itu.

    Seharusnya pihak relevan perlu memikirkan cara untuk menghantar surat berkenaan kerana ia satu amanah yang perlu disampaikan.

    Jangan kerana surat yang penting tidak dihantar ke alamat yang ditetapkan, si pemilik surat mendapat kesusahan sepertimana yang saya alami sendiri. Surat itu sudah dua bulan melepasi tarikhnya.

    Diharap pihak relevan memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini.

    Mangsa posmen

    Jelas penulis, disebabkan kecuaian posmen yang tidak menghantar surat ke alamat rumahnya, beliau tidak mengetahui sebarang kes tunggakan yang perlu dibayar beliau. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...