Wednesday, May 1, 2024
30.7 C
Brunei

    -

    Jaringan akhir minit Havertz hilangkan duka Chelsea

    LONDON, 14 MAC – Kai Havertz meredakan suasana suram pasukan Chelsea mengenai sekatan dikenakan ke atas Roman Abramovich selepas jaringan lewat perlawanan memberikan kemenangan 1-0 ke atas Newcastle dalam perlawanan pertama di laman sendiri sejak The Blues dilanda krisis.

    Pemilik Chelsea, Abramovich dikenakan sekatan oleh kerajaan Britain selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan kemelut itu menjadikan masa depan pasukan juara Eropah itu menjadi tidak menentu.

    Dengan bil gaji bulanan pasukan Chelsea dianggarkan sekitar 28 juta pound dan saluran pendapatan mereka menurun dengan drastik disebabkan oleh sekatan, terdapat kerisauan kewujudan kelab itu mungkin terancam melainkan merekan menemui pemilik baharu dalam masa terdekat.

    Tidak dapat membeli pemain atau memperbaharui kontrak, Chelsea menyaksikan penaja mereka, Three dan Hyundai menggantungkan perjanjian mereka bersama kelab pada minggu ini.

    Namun pasukan bimbingan Thomas Tuchel kekal fokus di tengah-tengah ketidaktentuan dan Havertz berjaya meledak gol pada minit akhir untuk meneruskan rekod empat kemenangan berturut-turut sejak Abramovich mengumumkan dia bakal menjual kelab dalam langkah yang gagal untuk menghentikan sekatan.

    Chelsea kekal berada di tangga ketiga di saingan Liga Perdana Inggeris dan menumpukan perhatian untuk mempertahankan mendahului 2-0 di Liga Juara-Juara kelompok 16 terakhir pusingan kedua menentang Lille pada Rabu.

    Mengekalkan status selaku juara bertahan Liga Juara-Juara adalah matlamat utama Chelsea minggu lalu, namun kini ada perkara lain yang perlu diberikan perhatian. – AFP

    Reaksi Kai Havertz meraikan gol bersama rakan sepasukan semasa menentang Newcastle United di Stamford Brigde, semalam.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...