Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    JBPM padam lebih 3,900 hektar kebakaran terbuka

    Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadam kebakaran di kawasan sekitar tapak pelupusan Kayu Madang hari ini. – Bernama

     

    KOTA KINABALU, 28 MAC – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya memadamkan kebakaran terbuka melibatkan luas kawasan lebih 3,900 hektar antara 1 Januari lepas hingga semalam.

              Pengarahnya, Abdul Razak Muda, dalam kenyataan berkata keseluruhan 1,435 kes kebakaran dilaporkan dalam tempoh tersebut dan pihaknya masih menjalankan operasi memadam kebakaran di kawasan seluas 1.49 hektar di Tuaran. 

              Beliau berkata, kebakaran terbuka paling banyak berlaku di kawasan hutan membabitkan 578 kes selain di belukar dan lalang (746 kes) manakala kebun (96 kes) dan tanah gambut (43 kes).

              “Daripada keseluruhan 27 daerah di Sabah, hanya tiga daerah iaitu Telupid, Tongod dan Kalabakan tidak mengalami kejadian kebakaran terbuka setakat ini,” katanya.

              Beliau berkata, daerah Kota Belud mencatatkan kes kebakaran terbuka paling luas iaitu 725.8 hektar, diikuti Kuala Penyu (688.73 hektar) dan Tuaran (616.43 hektar).

              Katanya bagi semalam sahaja, pihaknya menerima laporan 43 kes kebakaran melibatkan luas kawasan 105.05 hektar. – Bernama

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...