Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tambak Marhaban semarak Ramadan

    Ahli-ahli MYM dan sukarelawan BSPCares membungkus bubur untuk diagihkan kepada orang ramai.

     

    Oleh Daniel Lim

     

    BELAIT, 28 MAC – Bagi menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan, ahli-ahli Pergerakan Belia Minda (MYM) telah bekerjasama dengan BSPCares untuk mengadakan program Tambak Marhaban yang berlangsung selama dua hari.

    Bertempat di Bangunan Belia yang terletak di Simpang 24, Jalan Maulana, program yang bermula kelmarin itu menyaksikan ahli-ahli MYM serta sukarelawan BSPCares meluangkan waktu pagi dengan memasak dan membungkus sebanyak 279 bungkus bubur.

    Bubur yang disediakan kemudiannya diagihkan pada sebelah petang secara pandu lalu oleh ahli-ahli MYM dan sukarelawan BSPCare.

     

    Orang ramai menerima bubur yang diedarkan pada majlis berkenaan.

              Program diteruskan hari ini dengan ahli-ahli dan sukarelawan menyediakan, memasak dan membungkus bubur untuk pengunjung seterusnya.

    Kumpulan-kumpulan yang terlibat berharap agar program berkenaan dapat membantu menyemarakkan lagi bulan puasa, di samping dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dalam semangat Ramadan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...