Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Jepun, AS, Korea Selatan kukuhkan komitmen

    TOKYO, 7 SEPT – Ahli-ahli diplomat dari Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan hari ini mengesahkan komitmen masing-masing untuk bekerjasama sebagai tindak balas kepada mana-mana ancaman dari Korea Utara, termasuk kemungkinan satu lagi ujian baharu nuklear.

    Tiga diplomat kanan yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Korea Utara akan menekankan usaha mereka untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan mereka.

    Jepun dan Korea Selatan mengakui keperluan untuk memperbaiki hubungan kerjasama dua hala dan tiga hala.

    Hubungan antara Jepun dan Korea Selatan terjejas akibat pertelingkahan sejarah mengenai penjajahan Jepun di Semenanjung Korea.

    Takehiro Funakoshi, ketua pengarah Biro Hal Ehwal Asia dan Oceania Kementerian Luar Jepun, berkata fokus kerjasama tiga hala ialah Korea Utara dan usahanya mempercepatkan pembangunan nuklear dan misil.

    Takehiro Funakoshi (tengah), Sung Kim (kiri) dan Kim Gunn bergambar ramai sebelum pertemuan di Kementerian Luar di Tokyo, kelmarin.- AFP

    Funakoshi berkata dia dan rakan sejawat dari AS dan Korea Selatan, Sung Kim dan Kim Gunn, akan membincangkan tindak balas negara-negara mereka terhadap Korea Utara ketika mereka bekerjasama untuk meningkatkan pencegahan serantau di tengah-tengah ‘kemungkinan lebih banyak provokasi yang semakin memuncak termasuk satu lagi ujian senjata nuklear’.

    Korea Utara kali terakhir membuat ujian nuklear pada 2017, iaitu yang keenam yang pernah dilakukan, dan pakar menyatakan terdapat tanda-tanda persediaan untuk satu lagi ujian.

    Funakoshi turut mengalu-alukan latihan pertahanan misil yang diadakan oleh ketiga-tiga buah negara di pesisir Hawaii bulan lalu.

    Sung Kim, perutusan khas AS bagi Korea Utara, berkata ketiga-tiga buah negara bersedia untuk ‘segala kemungkinan…sebagai tindak balas terhadap provokasi Korea Utara’ dan melindungi semua sekutunya di rantau tersebut.

    Matlamat untuk penghapusan nuklear sepenuhnya bagi Semenanjung Korea tidak berubah, kata Sung Kim.

    “Kami kekal komited untuk mengadakan dialog bersama Korea Utara dan bersedia untuk membuat pertemuan tanpa pra syarat,” katanya.– AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...