Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Jepun benarkan 10,000 ketibaan antarabangsa sehari mulai April

    TOKYO, 16 MAC – Jepun sedang mempertimbangkan untuk menambah jumlah ketibaan antarabangsa kepada 10,000 sehari berbanding 7,000, bermula April ini dan melonggarkan kawalan sempadan COVID-19, memetik sumber kerajaan pada Selasa.

    Menurut berita Kyodo, Perdana Menteri Fumio Kishida berkata kerajaan akan melonggarkan kawalan sempadan secara berperingkat dengan mengambil kira situasi jangkitan di dalam dan luar negara serta langkah kawalan sempadan yang dilaksanakan negara lain.

    Sebelum ini, langkah kawalan sempadan itu menerima kritikan hebat kerana disifatkan terlalu ketat.

    Penularan varian Omicron dilihat semakin perlahan di kebanyakan kawasan dan bandar seperti Tokyo mahu sekatan antivirus ditamatkan seperti dijadualkan iaitu Isnin depan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...