Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Jordan Mintah harapan kemenangan liga pertama TFC II

    KUALA NERUS, 4 MAC – Penyerang kelahiran Ghana, Jordan Mintah menjadi sandaran Terengganu FC ll (TFC ll) untuk merobek gawang The Varsity Boys apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi pertama Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, esok.

    Dengan ketiadaan beberapa pemain utama akibat kecederaan dan penggantungan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), harapan turut disandarkan ke bahu seorang lagi pertahanan import TFC ll, Argzim Redzovic yang kekal memakai lilitan kapten pasukan sejak musim lepas. Pengendali TFC ll, Badrul Afzan Razali ketika ditemui mengakui persiapan pasukan agak terjejas apabila pemain import, Luke Woodland yang baru sahaja menyertai skuad ‘The Turtles’ musim ini tidak dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan lutut.

    “Woodland perlu ambil masa agak lama, sekurang-kurangnya enam minggu untuk sembuh daripada kecederaan.

    “Mohammad Ridzuan Mohd Razali dan Muhd Aqil Irfanuddin Mohd Sabri juga tidak dapat diturunkan kerana masing-masing sedang menjalani hukuman selepas terlibat insiden pergaduhan ketika perlawanan persahabatan menentang Penang FC bulan lepas,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...