Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    JPM buka tirai majlis tadarus

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini membuka tirai Majlis Tadarus sempena bulan Ramadan bagi Tahun 1443H/2022M di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang.

    Majlis tadarus pada tahun ini dikelolakan bersama oleh Jabatan Mufti Kerajaan dan Jabatan Kehakiman Negara dengan kerjasama jawatankuasa takmir masjid tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Majlis didahului dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa barang keperluan masjid yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di JPM kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Awang Nuzli bin Haji Jumat.

    Kemudian, majlis tadarus dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan tadarus Al-Quran dari Juzuk 1 yang dimulakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Acara turut diberkati dengan bacaan Doa Selamat.

    Majlis-majlis keagamaan di bulan Ramadan seumpamanya adalah salah satu daripada aktiviti tahunan JPM bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping bagi sama-sama menghidupkan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini, serta merebut ganjaran pahala dan keberkatan yang dijanjikan Allah SWT.

    Yang Berhormat Menteri di JPM menyampaikan sumbangan wakaf kepada Awang Nuzli pada majlis tersebut.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti hadir pada majlis tadarus di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...