Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Juita pertaruh Pendua

    Kemunculan kumpulan wanita memberi petanda industri muzik Malaysia kembali rancak dengan kehadiran bakat baharu.

    Selepas Dolla dan The Gadys, kini muncul pula kumpulan Juita dianggotai empat gadis jelita, Nur Aini Hayati Mustafa (Aini, 25); Khairin Najihah Hisham Muddin (Kyerin, 23); Nurhusnina Haziqah Naharuddin (Nina, 26) dan Nurnajihah Azmi (Jay, 23).

    Juita disatukan menerusi sesi uji bakat dijalankan di studio Rhythm & Rhyme Entertainment milik pasangan penyanyi popular, Akim Ahmad dan Stacy pada April lalu,

    Pakej lengkap bukan sahaja taruhan, namun, impian Juita mahu menjadi penyanyi dan penghibur berkualiti. Sebagai taruhan, Juita menampilkan single pertama berjudul Pendua ciptaan sepenuhnya Bunga Cantik (Stacy) dan Hang Nadim (Akim), manakala lirik oleh Bunga Cantik.

    Anggota Juita, Aini berkata, mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Stacy dan Akim dalam menentukan hala tuju muzik dibawa.

    “Sebetulnya, kami tidak mempunyai pengalaman dalam bidang muzik. Jadi, kami meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak pengurusan dalam menentukan hala tuju muzik Juita bersesuaian dengan kelebihan dan perwatakan kami.

    “Sebagai pengenalan, single Pendua bergenre ‘pop dance’ dipilih, sesuai dengan minat menari.

    “Kami akan sentiasa berusaha terbaik untuk mendapat tempat di hati peminat,” katanya kepada media.

    Bagi Kyerin, merakamkan single Pendua adalah pengalaman cukup berharga. Single Pendua diterbitkan Rhythm & Rhyme Entertainment sudah dilancarkan secara rasmi sejak 2 September dan muzik video pada 17 September lalu. – Agensi

    Juita disatukan menerusi sesi uji bakat dijalankan di studio Rhythm & Rhyme Entertainment milik pasangan penyanyi popular, Akim Ahmad dan Stacy pada April lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...