Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Jumlah penunjuk perasaan meningkat

    WELLINGTON, 11 FEB – Jumlah penunjuk perasaan di luar parlimen New Zealand meningkat hari ini ketika pihak polis mengurangkan usaha untuk meleraikan penunjuk perasaan antivaksin yang terlibat dalam pertelingkahan ganas sehari sebelumnya.

    Suasana umpama hari perayaan khemah sementara yang didirikan penunjuk perasaan dan menggelarnya sebagai ‘Kem Kebebasan’, dengan muzik dan tarian ketika polis berkawal di sebalik penghadang.

    Polis Wellington menyifatkan taktik ‘lepas tangan’ ini sebagai ‘pendekatan berhati-hati’, menekankan bahawa kanak-kanak turut kelihatan semasa tunjuk perasaan.

    “Polis akan terus memantau dan mengawal aktiviti penunjuk perasaan di luar parlimen,” kata Superintenden Corrie Parnell dalam kenyataan.

    “Polis telah mengenal pasti beberapa sebab berbeza dan motif dalam kalangan penunjuk perasaan, menjadikannya sukar untuk membuat ruang komunikasi yang jelas.”

    Aktivis berkhemah di laman parlimen selama empat hari dalam bantahan yang bermula pada Selasa ketika ia dikatakan meniru tindakan ‘Konvoi Kebebasan’ oleh pemandu trak Kanada di Ottawa. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...