Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Junta salahkan gerakan tentangan bersenjata halang proses pilihan raya

    NAYPYIDAW, 28 MAC – Ketua junta Myanmar kelmarin menyalahkan gerakan tentangan bersenjata yang semakin meningkat di negara itu sebagai halangan kepada pilihan raya yang telah lama dijanjikan dalam ucapan kepada beribu-ribu askar selepas perarakan Hari Angkatan Tentera Bersenjata.

    Tentera telah mengalami beberapa siri kekalahan besar kepada gabungan kumpulan bersenjata etnik minoriti.

    Pada awal minggu ini, ia mengakui bahawa adalah tidak mungkin untuk mengadakan pilihan raya di seluruh negara kerana ketidakstabilan.

    Tiga tahun selepas mengambil alih pemerintahan dalam rampasan kuasa, junta kini bergelut dengan ancaman paling serius, menurut pakar, dengan kematian dan pembelotan memberikan kesan besar.

    Tanpa menawarkan jangka masa, ketua junta Min Aung Hlaing berkata usaha untuk mengadakan pilihan raya sedang dijalankan, tetapi menyalahkan kumpulan etnik bersenjata dan ‘pasukan yang dikenali sebagai People’s Defense Forces’ kerana ‘sengaja melibatkan diri dalam tindakan mengganggu untuk mensabotaj dan menangguhkan proses tersebut. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...