Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kapal kargo terdampar di Teluk Gibraltar

    MADRID, 30 OGOS – Pihak berkuasa Gibraltar berkata hari ini bahawa sebuah kapal kargo terdampar untuk mengelakkannya daripada karam selepas ia berlanggar dengan kapal pengangkut gas asli cecair di Teluk Gibraltar.

    Jurucakap kerajaan berkata, keadaan kini terkawal dan kapal itu tidak dalam bahaya. Beliau berkata tiada kesan alam sekitar setakat ini. Sumber kerajaan menambah bum terapung telah diletakkan di kawasan itu untuk mengelakkan sebarang kemungkinan tumpahan minyak dan memastikan ia terkawal.

    Tiada siapa yang cedera dalam pelanggaran itu. Krew kapal kargo OS 35 yang didaftarkan di Tuvalu sepanjang 178 meter kekal berada di atas kapal. Kerajaan Gibraltar dalam satu kenyataan menyatakan kapal kargo itu mengalami kerosakan besar pada bahagian kanan kapal termasuk kesan pelanggaran di bawah garis air berukuran kira-kira 10 meter dan 4 meter. Pengangkut Adam LNG tidak mengalami sebarang kerosakan yang ketara, kecuali permukaan berlekuk. Kenyataan itu menjelaskan pasukan pakar penyelamat marin dari Belanda dijangka tiba di Gibraltar pada lewat petang untuk menjalankan penilaian penuh di lokasi.

    Jurucakap itu menambah kapal kargo itu berhenti di dasar laut dalam 17 meter air berhampiran pantai. Kapal tersebut membawa keluli besi.

    Kerajaan Gibraltar menjelaskan ia telah menubuhkan zon pengecualian 200 meter di sekeliling kapal malang itu tetapi pelabuhan Gibraltar telah dibuka semula dan beroperasi seperti biasa. Gibraltar, sebuah wilayah British yang terletak di hujung selatan semenanjung Iberia, adalah pelabuhan perkapalan yang sibuk. – AP

    Seorang lelaki menggunakan papan luncur menghampiri kapal kargo OS 35 yang terletak di dasar laut, luar pesisir Gibraltar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...